Wednesday, May 6, 2015

LAWATAN KE ACHEH MAC 2015_CIKGU² SMK SG UDANG,MELAKA

Siapa sangka,suka-suka rupanya telah menjadi kenyataan.Merealisasikan impian diri sendiri dan kawan-kawan untuk ke luar negara.
Mengapa pilih Acheh?
1. Kos yang mampu dan murah (rupiah- boleh jadi jutawan sekejap. ki ki )
2. Tempat ini ramai belum pergi.Jadi ramai yang berminat.Dapatlah seramai 40 orang.My fren ramai    yg kaki jalan terutamanya anak2 dara.
3. Negara Islam yg mempunyai rahsia tsunami ...nak lihat sendiri.
Itulah antara sebab Acheh jadi pilihan langkah pertama merealisasikan impian..Bercuti Ke Luar Negara dan naik kapal terbang.hi hi...x sabar untuk yang x biasa mcm myself.
Bila ? Lawatan kami pada 13- 16 Mac 2015(cuti sekolah)
Kira 4 hari 3 malam. Memang menarik dan betul2 merapatkan hubungan sesama ahli rombongan.
Dari SMKSU,kami menyewa bas unt hantar ke KLIA2(pergi dan balik).Sokongan jitu daripada  pengetua Tn Haji Husin bin Siron j dan pengerusi kelab staf pada masa ini Ustazah Rohana bin Omar(mencari dana sewa bas) amatlah dihargai.
Agent: Last minit kami pilih RTT(Right Time Travel Agency) .Pejabatnya kat KL rasanya.
Servis saya boleh bagi 4 STAR.Kenapa? nnti sy akan huraikan.... 

Antara ahli rombongan

BERMULA SATU PERJALANAN
Detik 16 Mac 2015,hari Isnin jam 12.30,semua ahli rombongan berkumpul di SMKSU.Tepat jam 1 pagi,bas bertolak ke KLIA 2.Perjalanan lancar walaupun hujan.Alhamdulillah,jam 2.30 pagi kami tiba di KLIA2.Dah terawallah pulak.Apa nak buat,nak tunggu jam 8:00 pg,fligt terbang.
Jom lepak kat surau sementara Subuh.Ingatkan bolehlan lelap,rupa2nya x boleh.Ramai2 ni bising la pulak.Namun,ada jugak yg dpt tidur hingga berdengkur laaa..siapa ye..da x ingat.. biarlah rahsia.Agaknya x dpt tido sbb teruja...
BERMULA SATU PERISTIWA DEMI PERISTIWA
Mengikut ejen kami,jam 4.30 dah mesti berkumpul di Balai Berlepas.Pada masa inilah dengan sibuk nak bersarapan...Pn Rosnah bt Zainal (sponsored nasi lemak dan air teh o).
Ada yang bawa bekalan sandwich (Cik Suhailin bt Ujang).
Keadaan agak kelam kelibut..dengan berkejar nak urus kaunter bagasi,ada yang berkejar nak solat Subuh(kebetulan org sgt ramai)ada yang bersarapan..
Pada waktu inilah berlaku miss comunication dgn ejen...hangin pun ada.sbb masa janji dulu kata akan pegang satu kad yg tulis nama grup kami...tp tak ada.Ni yang kelam kabut.Tambahan pula, sy yang jadi ketua rombongan yg tak pernah ke luar negara.Inilah permulaan nak melancong melihat negara orang.Nasib baik dalam grup ini ada ramai yang kaki melancong.(selalu melancong ke luar negara).
Jadi dalam kelam kabut tu dapatlah semua naik kapal terbang.Berdebar jugak takut ada yg tertinggal..tapi Alhamdulillah.
Tepat jam 8.30 pg kapal terbang pun berlepas.Doanya kami selamat mendarat di bumi Acheh.


dalam flight..xcited takut mabuk.Alhamdulillah semua ok.
Yang paling melucukan ada orag yang baca doa x habis² sebab ketakutan...dan berzikir..mmg segalanya indah dalam igatan.

Orang yang senyum dlam gambar paling bahagia..ha ha ha

Penerbangan mengambil masa kira2 2 jam lebih jugak.Kami selamat mendarat lebih kurang jam 11 pagi.Syukur Alhamdulillah selamat semuanya.
Rupa2nya apabila kita menjejak kaki ke negara lain(luar negara)mesti isi maklumat diri pada borang(khas)dan beratur untuk cop pengesahan drp kastam negara tersebut.
Memandangkan ni pengalaman pertama agak kelam kabut dan mengambil masa yang agak lama jugak.
Peringatan selepas inI kalau ke luar negara lagi( may be VIETNAM)mesti bawa pen dan sebagainya.(setiap org)untuk menjimatkan masa.

Mungkin sebab kami tiba di bumi Acheh lebih awal ,terpaksalah menunggu bas di lapangan terbang lebih kurang sejamlah jugak.
Dapatlah mata meliar melihat sekitar lapangan terbang ini.
Pendapat dan pandangan saya secara peribadi amat bersyukur ke hadrat Ilahi. Sesungguhnya bumi MALAYSIA sungguh bertuah.Malaysia jauh lebih maju dan moden kalau dibandingkan dengan Acheh...perbandingan pertama Lapangan Terbang Antabangsa (KLIA) dengan Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda.


Sewaktu kedatangan rombongan kami ni,ramai lagi rombongan dari Malaysia.Ingatkan kami jer..ha ha..rupa2nya orang Malaysia suka datang Acheh.Warga emas dari Malaysia pon ramai.Memang mewah.Mengapa bumi Acheh?
Mungkin sebab sejarah Tsunami.Memang itu paling tepat.
Kami memilih Acheh pun sebab tsunami,negara Islam dan kesusahan rakyatnya setelah ditimpa tsunami..(bawa sikit bantuan).
Di lapangan terbang lebih kurang 1jam jugak melepak kat sini.Agak lama menunggu bas yang ditempah ejen.Aku pun tak pasti mengapa, ini kali pertama perjalanan.Jadi tunghu sajalah.Nak.komplen oun tak tahu nak komplen apa?Wakil ejen yang bersama-sama kami iaitu Cik Baiti kata kami tiba lebih awal dari jangkaan.Wallahualam.