Wednesday, October 12, 2016

IBU ANAK DAN PENGASUH

Tiba2 teringin nak tulis tentang tajuk di atas.Tak ada kena mengena dgn sesiapa kecuali yg ada hubungan dgn diriku...iaitu anak-anakku dan pengasuh2 mereka.
1.aida.  mak cik lemah (jaga dari umur 2 bln hingga 4 thn)
Apabila tadika(jaim)  datuk dan nenek yg tolong uruskan.bangunkan pagi2, mandikan dan hantar ke tadika.naik la motor dgn datuk Yusof( tlh meninggal 6 thn yg lalu)
2.m nafis..mak cik lemah jaga dr dlm hari(masa ni kami sambung blajar pjj kat upm)hingga 3 thn.
Masa 4 thn neneknya nak jaga.
5 thn dah tadika di al Ikhlas Sg Udang.
3.M.Nabihan...kak Hamidah PRI..jaga dari usia 4 bln hingga 3 thn.4 thn da masuk tadika di paya rumput indah.5 thn pindah ke Alor Gajah.
Dilema Pengasuh
Aku sgt bersyukur perjalanan hidupku dipermudahkan.Walaupun susah ygboleh dipercayai tapi aku mendapat pengasuh2 yg terbaik.Tidak ada sebarang masalah.Mengenangkan pada era ini sukarnya untuk mencari pengasuh,sekali lagi aku bersyukur telah melalui zaman yang sukarnya belum ketara.Walaupun orang2 yg diketemukan untuk menjaga dan mengasuh anak2ku, aku tidak pernah ambil kesempatan atas kebaukan itu.
Prinsip Kami Suami Isteri
Anak2 hanya akan dihantar ke rumah pengasuh hanyalah pada hari dan waktu kami bekerja sahaja.
Kiranya waktu bekerja tamat salah seorang yang balik ke rumah dahulu akan mengambil anak dari rumah pengasuh.Hanya waktu bekerja.Waktu lain kami akan nenjaga sendiri anak2.Contoh pergi beli barang, majlis kenduri kendara dan apa sahaja.Kami tidak mahu pengasuh terasa bebanan.
Rasanya inilah salah satu faktor pengasuh tidak pernah berkira.
Walaupun cuti persekolahan( kecuali yg sebulan) aku tetap akan membayar penuh tanpa ada potongan hari2 cuti persekolahan.Pendapatku mudah saja,  orang yg menjaga anak2ku itu memerlukan pendapatan setiap bulan.Pendapatan setiap bulan itu mng telah ada dalam bajet bulanannya.Andai aku buat pemotongan pasti bajet bulanannya terganggu, hatinya mesti sedih.Lantaran itu, aku kekalkan bayaran walau apa pun terjadi.Semoga Allah akn permudahkan kehidupanku pada masa akan datang
Aku juga akan memastikan pengasuh hanya menjaga anak2 sahaja.Pakaian dan segala keperluan lain disediakan selengkapnya.Baju2 kotor setiap hari dibawa balik untuk dibasuh sendiri.Pakaian harian sehari disediakan 3-5 pasang yang ditelah dilipat disusun kemas di dalam beg.Pengasuh hanya ambil dan pakaikan sahaja.Bantal tilam dan segalanya disediakan untuk tidak menyusahkan pengasuh.Malah buaian walker makanan dan minuman panas serta biskut.
Walaupun susah dan agak cerewet namun alah bisa tegal biasa.Kini anak sulung telah mencecah usia 22 tahun.Si bongsu menginjak 5 tahun.Inilah rutin yg dilalui melayani anak3 kecil dulu2 dan kini.Mampukah ibu2 muda kini melazimi situasi ini?
Ramai kawan2ku selalu berkata untung jadi pengasuh anak2anakku
Setiap kali musim perayaan dan juga tatkala kami pulang ke kampung atau ke mana2 sahaja tidak dilupakan hadiah/cenderahati untuk pengasuh.Hematku mesti mereka akan gembira dan menyayangi anak2ku seperti aku menghargai mereka.
Tekanan Pengasuh Sekarang
Mengapa terlintas meninggalkan catatan ini? Segalanya berpunca daripada rungutan2 pengasuh2 anak pada masa ini...tahun 2015-2017
Lantas aku menukil agar ada yg terbaca dan boleh dijadikan panduan andai berguna.
Ibu2 sekarang gemar hantar anak je rumah pengasuh ikut masa yang telah ditetapkan.Contoh, htar jam 7.00 pagi- 6.00 ptg.Maka mereka akn ikut waktu itu tanpa ada belas.Malah selalu dilewatkan masa menjemput anak2.Fikir mereka telah membayar duit setiap bulan.
Waktu cuti pun ibu2 sanggup menghantar anak2 je rumah pengasuh malah ada yg tinggalkan berhari2 sebab ada urusan kerja ,  peribadi atau keluarga.Anak serupa jadi bebanan jagaan untuk ibu bapa zaman ini.
Ibu bapa zaman sekarang tidak teliti dalam  pengurusan anak.Kebanyakan menyerahkan sepenuhnya kepada pengasuh.
Pengasuh juga manusia yang memerlukan masa rehat, masa bersama2 anak2 dan keluarga mereka.masa untuk bersosial.

Bagi yg nendapat pengasuh yg bagus jagalah hati mereka.
Bagi yg mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa yg sgt prihatin akan anak2 teruskan lah keraba mada untuk mereka tidak akn berulang.Jangan suatu nasa nanti kesal kerana tidak berbakti kepada mereka.Bajri ibu bapa kpd anak2 adalah semasa mereka jecil dan di bwh tanggungan.Apabila mereja dewasa anak3 yang mesti berbakti kpd ibu bapa nereka dan anak2 meteka pula.
###





Saturday, June 11, 2016

PENGALAMAN BELI RUMAH GUNA LOAN BANK

Salam perkenalan buat yg membaca unt mencari ilmu.Apa yg ditulis ini adalah hasil pengalaman.Tidak ada kena mengena dgn org lain langsung.Semuanya adalah benar dan dtg drp pengalaman dan pendapat serta nasihat sy secara peribadi.Andai yg membaca ini terkilan terkena..mohon maaf..sekadar perkongsian agar para pembaca tidak melakukan kecuaian kecil yg mungkin akn merugikan diri sendiri, keluarga dan lain2 yg berkepentingan.Juga sebelum melakukan sbrg tindakan perlulah ada ilmu.Bagaimana?
Carilah...tepuk dada tanya selera.
Aku mmg dah lama bercita2 nak tambah aset rumah,tp tiada kemampuan.Duit mmg cukup2 unt melengkapkan perbelanjaan sebuah keluarga yg sempurna ...anak universiti, sek men asrama,sek rendah dan pengasuh..ha ha..mmg byk duit diperlukan.Ditambah dgn keperluan lain yg tidak boleh tidak..mesti ada.

Saturday, June 4, 2016

BARANG 2ND HAND

Saya mmg tak pernah beli brg terpakai ni.Tak kiralah apa citer pon mesti baru walaupun murah atau mahal.
Entah mcm mana kali ni plak terbuka hati nak beli brg 2nd hand sbb kebetulan ada ##### yg nak jual.Sbb kenal dan ok ..ikat perjanjian kira setuju la.
Memandangkan kekangan komitmen dgn tugas,tiada kesempatan nak pergi tengok brg2 itu.
Lgpun atas dasar percaya ..
Tiba hr angkat brg....makk aaaii besar gedabak semua.  Dah tu kotor plak(perasan bila da sampai rmh)
Cam ner ni..?
Hg boleh tahan...
Malas nak bising2..aku kembali muhasabah diri...moga kesilapan ini tidak akn berulang lg untuk kali seterusnya...
Dan mungkin tak akn beli lg brg 2nd hand.
Pesanan kepada diri sendiri.
Kalau ada brg yg tak dikehendaki lg...pastikan betul2 cantik untuk dijual.
Kalsu nak jual bukan sbb kita x suka kerana telah kotor tp sbb tlh lama atau nak beli baru...yg nak dijual tu biarlah masih cantik...kalau dah rosak dan kotor kita jual pd org mmg la kena maki dlm hati...jauhilah aku jd begitu kelak
Kalau dah tak suka ...buang lagi baik ataupun beri jer percuma pd kekwn @org yg memerlukan...byk pahala.Kalau ya pon nak jual jgn la hg mahal..buat aniya pembeli jer..sbb..nak gi basuh atau nak baiki lagi..tup tap ...hg dah jd mahal mcm beli barang baharu la pulak...ohhhh hati..cukuplah sekali.no more for 2nd time to 2nd hand...
Catatan ini bukan menuding sesiapa.Cuma peringatan kepada diri sendiri dan sesiapa yg terbaca.Andai ingin membeli brgan terpakai,pergilah lihat dulu.Jangan sudah terhantuk baru tengadah.Pengalaman yg dilalui semua menjadi pelajaran berharga.Semoga tiada lagi kesilapan yg sama berulang.
Kalau masih berulang..tak bolehlah kata menyesal sbb sendiri cari masalah.

Tuesday, May 10, 2016

HOMESTAY DI PENGKALAN BALAK MELAKA-MURAH &SELESA

Myhomesweethome Murah
RUMAH DANAH
Londang,Melaka.
☎☎🏠TEMPAHAN RAYA AIDILFITRI 2017
TARIKH MASIH KOSONG 23,29,30JUN

Kolej Matrikulasi Londang..500m jer













APA KATA PENYEWA





RUMAH DANAH
(homesweethome)

RUMAH TERES(20×70)
LOT TENGAH
TIGA BILIK TIDUR DUA BILIK MANDI
CHECK IN 2PM
CHECK OUT 12PM.
##maksimum 10 org(unt selesa)
###kenderaan maksimum 2 buah kreta shj

KEDIAMAN UNTUK KONVOKESYEN,KENDURI,PERSINGGAHAN,KERJA LUARKAWASAN,PERKAHWINAN,PERCUTIAN DLL

PUSAT PENGAJIAN BERHAMPIRAN: KUIM,KOLEJ MATRIKULASI MELAKA(KMM),AKEDEMIK LAUT (ALAM,UiTM LENDU

PUSAT PELANCONGAN :PORT DIKCSON ,PANTAI PENGKALAN BALAK,TANJUNG BIDARA,BANDAR MELAKA,AYER KEROH dll

# 1 km ke PENGKALAN BALAK,
5km ke TANJUNG BIDARA,
20km ke PORT DIKCSON

# 15-25km KE BANDAR MELAKA (BANDAR HILIR,RIVER CRUISE,KG.MORTEN dll)
# BERHAMPIRAN DENGAN MEDAN SELERA,KEDAI RUNCIT DAN KLINIK SATU MALAYSIA

#HANYA BERJALAN KAKI ke(KMM) KOLEJ MATRIKULASI MELAKA,
15 km KE UITM LENDU MELAKA DAN KUIM,
20 km KE ALAM(AKEDEMIK LAUT MELAKA)
5 km KE KEM TERENDAK

- KELENGKAPAN DAN PERKAKAS YG DISEDIAKAN:
~Bilik (2 katil queen,1 katil bujang,               
~2 Air cond dan semua ruang ada kipas
~ tv LCD 32", ,
~ peti ais,
~ dapur  dan peralatan memasak.
~ rice cooker n kettle
~ iron n iron board

SEWA SATU MALAM:
RM170.00-200.00

DEPOSIT: RM50-100
CHECK IN: 2PM
CHECK OUT: 12PM

PENTING & PERHATIAN:
*DEPOSIT TIDAK AKAN DIPULANGKAN UNTUK SEBARANG PEMBATALAN TEMPAHAN YG TELAH DIBUAT*

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI :
Puan Salmah: 0136202302
En Mohd Lutfi:0136212303

Thursday, March 3, 2016

VIET NAM Kami Datang Mac 2016

Count Down.Lagi 8 hari.
1.my famili (5 pax)
2.norliza (3 pax)
3.nik nazira(5 pax)
4. nurasyikin(4 pax)
5.herney(3 pax)
6. maznah ahmad(2 pax)
7.rosnah z
8.sapiah
9.suhailin
10.talizah
11.suhaila
12.norain
13.nurul nabilah
14.maizatul
15.rahmah
### Total Ahli Rombongan seramai 31 orang
###Anggaran kos setiap ahli dewasa RM1300

Semoga semua ahli santaiviatnam ni akan sihat sepanjg perjlnn.Semoga Allah lindungi dan permudahkan segala urusan.
Senarai semak...jangan lupa
## pasport
##ubat
## stoking
## duit nak shopping.

Syukur alhamdulillah detik dan hari yang ditentukan  telah tiba.Tanggal  15 Mac bersamaan hari Selasa.awal pagi jam 3 kami berkumpul di SMK Sg Udang dan menaiki bas persiaran menuju ke KLIA2. (Bas atas ihsan RTT Management)
Lebih kurang jam 5 pagi bas tiba di KLIA 2.Terus menuju ke Gate 3 berjumpa dengan Baiti dan Wati(RTT).Uruskan check in grup petama untuk kpl terbang 8 pagi.




Jam 9 pagi dah beratur untuk masuk kapal terbang AirAsia.Ikut jadual jam 9  pagi dah terbang,tapi macam lambat sikit.
Jam 9.30 pagi (waktu Msia) kapal terbang mula terbang.Kami grup kedua.Agaknya grup pertama tadi(Cik Suhailin n the geng)da mendarat kot.
Alhamdulillah,penerbangan lancar dan selamat.Tepat jam 10.20 pagi(waktu Vietnam) kami selamat mendarat di Lapangan Terbang......
Terus berkumpul dgn grup pertama...memang sesak di Lapangan Terbang Ho Chi Minh..Kami terus menuju ke bas yang sedang menunggu.Perut mula terasa sangat lapar...rupa-rupanya belum makan dari pagi tadi...huhu nasib baik bekal yang disediakan RTT masih ada.

Ini suasana di Lapangan Terbang HCM....sesak.Terasa amat teruja dengan keadaan ini.Betapa ramai jugak pelancung yang bercuti di sini.Apa yang istimewa...tunggu..



Rombongan Santai Vietnam 2016(SV)seramai 31 orang +2(wakil RTT:Pn Baiti n En Husben...baru kawin...honeymoo kot)
terus menaiki bas persiaran yg telah sedia menunggu.Memandangkan kaum lelaki x ramai...terpaksalah en suami dan en suami pn maznah(En Ramli)dan hujang Nafis n Amir..yg menjadi tukang angkat beg3 yg berat...ni baru sampai.blom shopping.Agenda utama kami ialah melawat tpt2 terkenal dan bersejarah.Agenda kedua cuci mata dan beli belah(shopping)

Bas yg membawa kami ke hitel agak besar,selesa dan kemas.Nampak mewah.Pemandu pelancong yg akan bersama dengan kami sepanjang di Vietnam ialah Mr Andy.Seorang yg sgt ramah,kacak dan masih muda.
Wow...dia juga sgt fadih berbahasa Melayu.Katanya sbb belajar di Singapura.

Pesanan untuk kekwn dan pembaca..andai tn2/pn2 ingin menggunakan perkhidmatan penerbangan AIR ASIA,Pastikan mengambil bagasi pergi dan balik yg sesuai dgn keperluan diri dan keluarga.Ada kala kita rasa brg yg kita bawa x byk dan beg kecil tp malang tidak berbau...mungkin x dpt melepasi atas bbrp sbb yg x dijangka.Kos membeli bagasi pd masa itu lagi mahal 2x ganda.Nasihat...kalau nak berjalan bajet mesti cukup dan tak boleh kedekut.




Vietnam
Sebuah bekas negara komunis.
Kepadatan penduduk sangat tinggi.
Suasana jalan rayanya sangat sibuk.Motosikal sangat banyak.Pengankutan utama rakyat negara ini.Jalan rayanya bersimpang siur dengan motpr.Menakutkan.Ngilu hati perut.Tapi kelihatan mereka sangat tenang...hi hi sepanjang 4 hari di sana..rasanya tak jumpa dengan kemalangan walaupun jalan dipenuhi kenderaan.
maklumat daripada peandu pelancung(warga Vietnam- Mr Andy yang fasih berbahasa Melayu)
rakyat Vietnam sangat mementingkan kesihatan,keselamatan dan pendidikan.
mr andy