1.my famili (5 pax)
2.norliza (3 pax)
3.nik nazira(5 pax)
4. nurasyikin(4 pax)
5.herney(3 pax)
6. maznah ahmad(2 pax)
7.rosnah z
8.sapiah
9.suhailin
10.talizah
11.suhaila
12.norain
13.nurul nabilah
14.maizatul
15.rahmah
### Total Ahli Rombongan seramai 31 orang
###Anggaran kos setiap ahli dewasa RM1300
Semoga semua ahli santaiviatnam ni akan sihat sepanjg perjlnn.Semoga Allah lindungi dan permudahkan segala urusan.
Senarai semak...jangan lupa
## pasport
##ubat
## stoking
## duit nak shopping.
Syukur alhamdulillah detik dan hari yang ditentukan telah tiba.Tanggal 15 Mac bersamaan hari Selasa.awal pagi jam 3 kami berkumpul di SMK Sg Udang dan menaiki bas persiaran menuju ke KLIA2. (Bas atas ihsan RTT Management)
Lebih kurang jam 5 pagi bas tiba di KLIA 2.Terus menuju ke Gate 3 berjumpa dengan Baiti dan Wati(RTT).Uruskan check in grup petama untuk kpl terbang 8 pagi.
Jam 9.30 pagi (waktu Msia) kapal terbang mula terbang.Kami grup kedua.Agaknya grup pertama tadi(Cik Suhailin n the geng)da mendarat kot.
Alhamdulillah,penerbangan lancar dan selamat.Tepat jam 10.20 pagi(waktu Vietnam) kami selamat mendarat di Lapangan Terbang......
Terus berkumpul dgn grup pertama...memang sesak di Lapangan Terbang Ho Chi Minh..Kami terus menuju ke bas yang sedang menunggu.Perut mula terasa sangat lapar...rupa-rupanya belum makan dari pagi tadi...huhu nasib baik bekal yang disediakan RTT masih ada.
Ini suasana di Lapangan Terbang HCM....sesak.Terasa amat teruja dengan keadaan ini.Betapa ramai jugak pelancung yang bercuti di sini.Apa yang istimewa...tunggu..
Rombongan Santai Vietnam 2016(SV)seramai 31 orang +2(wakil RTT:Pn Baiti n En Husben...baru kawin...honeymoo kot)
terus menaiki bas persiaran yg telah sedia menunggu.Memandangkan kaum lelaki x ramai...terpaksalah en suami dan en suami pn maznah(En Ramli)dan hujang Nafis n Amir..yg menjadi tukang angkat beg3 yg berat...ni baru sampai.blom shopping.Agenda utama kami ialah melawat tpt2 terkenal dan bersejarah.Agenda kedua cuci mata dan beli belah(shopping)
Bas yg membawa kami ke hitel agak besar,selesa dan kemas.Nampak mewah.Pemandu pelancong yg akan bersama dengan kami sepanjang di Vietnam ialah Mr Andy.Seorang yg sgt ramah,kacak dan masih muda.
Wow...dia juga sgt fadih berbahasa Melayu.Katanya sbb belajar di Singapura.
Pesanan untuk kekwn dan pembaca..andai tn2/pn2 ingin menggunakan perkhidmatan penerbangan AIR ASIA,Pastikan mengambil bagasi pergi dan balik yg sesuai dgn keperluan diri dan keluarga.Ada kala kita rasa brg yg kita bawa x byk dan beg kecil tp malang tidak berbau...mungkin x dpt melepasi atas bbrp sbb yg x dijangka.Kos membeli bagasi pd masa itu lagi mahal 2x ganda.Nasihat...kalau nak berjalan bajet mesti cukup dan tak boleh kedekut.
Vietnam
Sebuah bekas negara komunis.
Kepadatan penduduk sangat tinggi.
Suasana jalan rayanya sangat sibuk.Motosikal sangat banyak.Pengankutan utama rakyat negara ini.Jalan rayanya bersimpang siur dengan motpr.Menakutkan.Ngilu hati perut.Tapi kelihatan mereka sangat tenang...hi hi sepanjang 4 hari di sana..rasanya tak jumpa dengan kemalangan walaupun jalan dipenuhi kenderaan.
maklumat daripada peandu pelancung(warga Vietnam- Mr Andy yang fasih berbahasa Melayu)
rakyat Vietnam sangat mementingkan kesihatan,keselamatan dan pendidikan.